Kata-kata Hikmah

"Allah S.W.T tuhan ku
Islam pegangan ku
Muhammad S.A.W idola ku
Al-quran petunjuk ku
As-sunah amalan ku
Syurga idaman ku
Ibu bapa pembimbing ku
Anda semua yg mengucap Laillahaillallah….
saudara ku."

"Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang"

"Ikatan kelembutan adalah ikatan yang mengagumkan. Ia adalah sihir yang halal. Jika didalam Islam ada sihir yang halal maka ia adalah senyuman"

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya didalam neraka Sumber : Bacalah Dengan Nama Tuhanmu"

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan [...]"


Bingkisan Doa.

Bismillah..

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Al-Azhar University

Al-Azhar University

Universiti Al-Azhar ( Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; Al-Azhar Al-Shareef, "Azhar yang Mulia" ), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

Universiti Al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah ( 909-1171 ) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid Al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Thursday, February 3, 2011

Cuti-cuti Raya Cina

yeay2 cuti.. hehe.. apa projek & program aq time cuti ni pun aq tak merancang, ni pun aq main terjah je.. KAMIKAZE katakan.. HAHA!

pada hari Rabu 2/2 : aq pun balik Batu Pahat.. beli tiket pun On the spot, main TERJAH je.. apa orang kata tengok rezeki.. kalau ada, ada laa, kalu xde HAMPEH! HAHA! ALHAMDULILLAH.. aq sampai terminal bus Bkt.Jalil jam 12.20 tgh hari dapat tiket pukul 12.30 tgh hari.. aq pun balik BP.. sampai terminal bus BP dalam pukul 3.40 petang.. sampai2 je terminal, aq terus cari tiket balik pergi Bkt. Jalil tapi xde.. perghh terpaksa naik Shah Alam.. dapat tiket pukul 6.30 petang pula 2 tp nasib baik hari ahad,kalau hari sabtu, x dapat laa pergi PD sabtu ni.. malamnya pula aq pergi gymnasium dengan kawan2, sampai je gym, toke gym tegur aq.. 'EYH!! DAH KECUT!! HAHAHAHAHA!! aq hanya mampu tersenyum je.. balik dari gym, pergi la lepak selamba corner kat bus stand lama.. pada malam tu, ramai kawan2 aq tegur kata aq dah kurus sikit.. aq pun hanya mampu tersenyum.. heeeeee!!

pada hari Khamis 3/2 : macam biasa, bangun pagi mandi lepas tu solat subuh, lepas tu breakfirst and then buka TV, oleh kerana aq minat sukan jadi pergi lah siaran astro(supersport).. hehe.. tukar punya tukar channel, last2 xde game yang best jadi aq tukar lah siaran lain.. tekan punya tekan.. TET TOT TOT.. last2 member aq call ajak keluar pergi jalan2 temankan dia shopping beli swetter lepas solat zohor nanti.. tunggu punya tunggu, waktu solat zohor pun tiba.. aq pun pergi lah solat and then bersiap-siap.. x lama kemudian member aq pun datang rumah aq naik kereta, aq pun CHAOW.. HAHA! sasaran pertama tempat yang di tuju adalah The Store, belek punya belak xde yang berkenan.. sasaran kedua tempat yang di tuju adalah BP Mall, setiap butik baju yang ada jual swetter diterjah masuk, kalau boleh butik yang di tutup pun nak suruh di buka gak. HAHA! belek punya belak akhirnya jumpa di butik Hamburg.. tapi saiz pula xde.. design memang dah smart, tapi siaz pula, lagi satu saiz ada tapi design pula kurang sikit. aq pun kata kt member aq suruh HoLL dulu, pergi butik lain. cari punya cari tapi still lagi x jumpa yang berkenan, last2 terpaksa la member aq beli swetter yang tadi kt butik hamburg.. lepas tu kitorang pun singgah kerusi urut kt BP Mall tu, ALAA.. kerusi urut yang RM1 3minit tu.. tahu kan!! dah lama tak urut, sekali kena urut macam dapat body baru.. HAHA! ALHAMDULILLAH.. syukur kepada ALLAH.. lepas tu kitorang pun keluar dari BP Mall, kitorang pun singgah Masjid Dato' Bentara Luar yang dekat dengan stadium Batu Pahat tu.. untuk menunaikan solat Asar.. korang tahu kan?? HAHA!! korang nak tahu.. rindu bangat aq sama itu Masjid sebab sebulan aq dah x singgah sana, ea lah aq kan sekarang praktikal kt selangor.. lepas tu aq pergi lah kedai burger arab dekat dengan rounderboot kt simpang rantai tu.. sampai sana tengok kedai masih tu masih tak buka lagi tapi aq still nk order dulu sebab nanti risau lambat siap pula, korang tahu je la kan kedai burger tu dah la ramai customer, ada yang just contact melalui telefon je nak order.. DAHSAT X?? memang DAHSAT!! HAHA! sambil2 tunggu kedai tu buka kitorang pun pergi tasik Y pergi main pijak2 batu yang macam refleksologi tu.. 10 raound tau.. HAHA! main pijak2 sampai pukul 6ptg, lepas tu kitorang datang balik kedai burger tu, still x buka lagi.. last2 kitorang cancel order, lepas tu pergi terjah kedai burger kt terminal bus BP, order burger arnab.. huhu.. SEDAP.. HAHA! sambil2 tu singgah la kedai CD kt situ.. nama kedai CD tu Radin Music Centre, pada mulanya aq just nak tengok2 je, tapi terbeli CD lagu berunsurkan ketuhanan dari artis antarabangsa, nama artis tu Mesut Kuris, member2 Maher zain gak.. korang nak tau,, aq beli ORI tau, tak main la rocal2.. tak best.. macam cari isteri gak, nak yang ORI kan.. hehe.. lagunya boleh tahan gak.. jadi aq tinggal cari CD lagu dari Irfan Makki je.. jadi lengkaplah koleksi aq.. hehe.. lepas tu kitorang pun balik rumah.. pada malam nya pula, lepas solat Isyak, aq dengan kawan-kawan lepak kat asam manis sampai jam 11.30 malam, kitorang ngobrol2 kosong je.. ea la kan.. dah lama tak jumpa.. (ceh, pada hal baru sebulan je kot.. hehe!) lepas tu kitorang CHALO BETTE.. heeee... selamat malam.. :)

pada hari Jumaat 4/2 : macam hari2 yang sebelumnya, bangun pagi, solat Subuh, breakfirst, buka TV & tengok sampai pukul 12tgh hari.. lepas tu pergi Masjid Sultan Ismail untuk menunaikan solat Jumaat.. balik je solat Jumaat, aq balik rumah, angkut adik aq pergi CC kt taman sebelah.. On9 jap sampai 3.45ptg, lepas tu balik rumah.. balik rumah lepak2 sampai pukul 5ptg, lepas tu solat Asar.. lepas solat Asar, aq pun buka lagu CD lagu semalam yang aq beli, sambil2 tu aq kemas lah PC kt rumah, mak aiihhh.. berlapuk banyak habuk.. HAHA! lepas siap kemas, aq pun makan petang.. pada malamnya pula lepas solat Isyak, aq pun keluar rumah pergi Gymnasium.. sebaik tiba di Gym je.. toke Gym kata dengan aq.. "azhari.. ko punye idola ada kat atas.. aq tanya siapa?? toke kata, adalah.." sekali aq naik.. HAH! SAZALI SAMAD bai.. aq pun rasa agak terkejut.. sebab dapat berjumpa dengan miss universe Malaysia secara face to face.. aq pun salam die & dengar dia ngobrol2.. HAHA! lepas tu aq pun main Gym, lepas main Gym, aq pun balik rumah, bersihkan diri, makan & tidur.. selamat malam.. :)

pada hari Sabtu 5/2 : macam biasa gak tapi hari ni special sikit sebab hari ni aq & family mahu pergi mandi-manda kat Teluk Kemang Port Dickson.. HUHU! dalam pukul 7.30pg dah bertolak, sampai sana dalam jam 10.45pg.. sebaik tiba, kitorang cari PORT BAIK dulu.. HAHA! lepas dah dapat PORT BAIK, kitorang pun mandi-manda sampai la kulit SUNBURN. HUHU! lepas SUNBURN br la puas.. hehe.. lepas tu pergi lah mandi bersihkan diri kt tandas.. mak aiisshhh.. ramainya orang.. berejam beratur, nasib baik aq tak rasa nak melabur, kalau tak lagi la merana.. hehe.. lepas siap2 aq pun singgah surau kt situ untuk menunaikan solat Zohor, lepas solat, makan, lepas makan baru kitorang CHALO BETTE.. HAHA! bertolak jam 3.30 ptg sampai rumah jam 6.40ptg.. malamnya pula lepas solat Isyak, macam biasa pergi Gymnasium, pada malam ni pula Sazali Samad bawa anak dia pula.. lepas main Gym aq pun balik rumah.. selamat malam.. :)

pada hari Ahad 6/2 : macam hari2 yang sebelumnya, bangun pagi, solat Subuh, breakfirst, baca papper, buka TV & tengok sampai pukul 12tgh hari.. lepas tu On9 sampai la ni dengan solat Zohor tak buat lagi.. HAIISSHH!!! azhari!! PERGI SOLAT ZOHOR DULU!! heeeee... OK lah kawan2.. sampai sini dulu la ea cerita cuti raya cina aq pada tahun ni.. jangan lupa doakan kejayaan hidupku ea, INSYA ALLAH.. aq akan selalu doakan korang gak.. OK, jaga diri.. selalu ingat pada ALLAH S.W.T. AS SALAM.. :)

No comments:

Post a Comment

Followers