Kata-kata Hikmah

"Allah S.W.T tuhan ku
Islam pegangan ku
Muhammad S.A.W idola ku
Al-quran petunjuk ku
As-sunah amalan ku
Syurga idaman ku
Ibu bapa pembimbing ku
Anda semua yg mengucap Laillahaillallah….
saudara ku."

"Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang"

"Ikatan kelembutan adalah ikatan yang mengagumkan. Ia adalah sihir yang halal. Jika didalam Islam ada sihir yang halal maka ia adalah senyuman"

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya didalam neraka Sumber : Bacalah Dengan Nama Tuhanmu"

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan [...]"


Bingkisan Doa.

Bismillah..

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Al-Azhar University

Al-Azhar University

Universiti Al-Azhar ( Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; Al-Azhar Al-Shareef, "Azhar yang Mulia" ), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

Universiti Al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah ( 909-1171 ) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid Al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Monday, February 21, 2011

Ya Allah..

0 comments

sepetinya aku tidak mampu berkata apa-apa, sesungguhnya Engkau maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hatiku ini..

Saturday, February 19, 2011

Never Forget To Say

0 comments
La ilaha illa Allah.. (ucaplah seberapa banyak yang termampu, InsyaAllah.. hati kita akan jadi lebih tenang..)

Friday, February 18, 2011

Tiba-tiba Je Teringat Pada Lagu Nih.. !!!

0 comments


Lepas je solat maghrib, aq pergi open laptop MEMBER aq.. on92 jap.. tiba2 je teringat kt lagu nih, terus on YouTUBE & search.. lepas tu dengar puas2 smpe meleleh-leleh.. FEEL YOB !!!

Thursday, February 17, 2011

Bonda.. I love u & Mish u so much.. :)

0 comments


Kepada Bonda (Khatijah Binti Jawari).. lagu ini Anakanda khaskan untuk Bonda, harap Bonda gembira mendengarnya.. :)





Anakanda harap Bonda happy2 selalu bersama Ayahanda yang tercinta.. :)

Monday, February 14, 2011

Ya Rasulallah.. kami(umat Islam) merinduimu..

0 comments



Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Sunday, February 13, 2011

Niatku Sempena Maulidur rasul 1432H

0 comments
Wahai Rasulullah S.A.W kekasih Allah S.W.T. selawat dan salam ke atas kamu, sempena ulang tahun kelahiranmu, aku berharap semoga aku dapat bertemu dengan mu & ingin sangat melihat wajah serta senyumanmu di akhirat nanti, aku berharap semoga aku dapat syafaatmu di akhirat nanti, aku berharap sangat-sangat ya Rasulullah.. sesungguhnya aku selalu mengingatimu ya Rasulullah, kadang-kala pabila aku teringat sejarah kehidupanmu, perasaanku bercampur-baur. InsyaAllah.. aku akan selalu cuba mengikuti sunnahmu, aku akan cuba berpegang pada wasiatmu(Al-qur'an & As-sunnah), aku akan cuba jadi lelaki maskulin sepertimu ya Rasulullah..

Friday, February 11, 2011

Ya Allah ya Tuhanku.. perkenankanlah doaku ini..

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah ya Tuhanku.. ampuni dosaku, ampuni dosa kedua ibubapaku, rahmatilah dan kasihanilah diri mereka seperti mana mereka mengasihani aq ketika aq masih kecil.. Ya Allah ya Tuhanku.. aku mohon redha syurgaMU dan jauhkanlah aku daripada azab api nerakaMU. Ya Allah ya Tuhanku.. aq mohon perlindunganMU daripada azab api nerakaMU dan aq mohon perlindunganMU daripada azab kubur.. Ya Allah ya Tuhanku.. kuatkanlah imanku, sempurnakanlah imanku, tetapkanlah imanku, matikanlah aq dalam iman yang sempurna.. Ya Allah ya Tuhanku.. masukkanlah aq di dalam golongan orang-orang yang soleh.. Ya Allah ya Tuhanku.. jodohkanlah aq dengan jodoh yang solehah.. Ya Allah ya Tuhanku.. jadikanlah aq hambaMU yang rajin menunaikan solat hanya keranaMU Ya Allah.. begitu juga zuriat dan keturunanku.. Ya Allah ya Tuhanku.. perkenankanlah doaku ini.. Amin Ya Rabb..

Wednesday, February 9, 2011

Wedding Wan

0 comments
Setelah lama tak berjumpa(ada laa dalam 2 tahun. haha!) tiba-tiba dengar cerita dari kawan2, kawan aq sorg ni dah nak kahwin.. aq ingat dorg main2, tak lama kemudian ada satu kad jemputan walimah kt rumah, atas nama aq(Mohammad Azhari Bin Mohd Afandi.. hehe!)sekali aq buka(sekali je tau, bukan dua kali.. heheh!) HAH!!! betul laa.. aq pun memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. dengan senyuman yang tak menjangka senyuman itu akan terukir.. :) aq pun berdoa kepada Allah semoga jodoh kawan aq sorg ni kekal sampai ke alam akhirat sana.. Amin..

Hari yang tak ku sangka-sangka pun dah tiba(Wedding Wan a.k.a Mohd Izwan Faez Bin Hashim).. aq pun pergi dengan kawan2,konvoi tu.. (Ceh! macam baru 1st time wat konvoi pula rasa terujanya.. huhu!!) rumahnya pun tak jauh, ada la dalam 10KM dari bandar Batu Pahat, menghala ke Pontian.. sebaik tiba macam biasa pakir kereta dulu, angkat hadiah, salam tuan rumah, bagi hadiah, duduk kat khemah walimah, lepak2, makan dulu.. tengah duduk2 lepak kt khemah walimah, tak lama kemudian kedengaran pula paluan kompang.. perghh.. rasa merdu je kan, haha! akhirnya.. muncul lah kelibat pasangan raja sehari.. ini lah pic2 yg sempat di tangkap.. tangkap tu!! Haha!













Gambar rajah di atas adalah pic2 yg sempat di tangkap.. Haha! bila tengok rasa macam tak caya je, tapi nak buat ca ne.. Kuasa Allah Maha Hebat.. jadi aq kena lah percaya.. :) cantikkan pic2 di atas tu, bukan senang nak tangkap tau, nak kena kejar tu.. huhu! selain aq & kawan2 aq datang ambil berkat kt wedding kawan aq sorg ni, sebenarnya ada hajat lain, hajat lain kitorg sebenarnya nak lawan ketinggian, sebab time kt sekolah dulu, kawan aq sorg ni di antara org2 yg tinggi.. hehe! jadi, selepas dia siap bersanding & makan berdamai, kitorg pun ambil kesempatan tangkap pic secara beramai-ramai.. heeeee...





Nampaknya hanya dua pic je la yg sempat di tangkap secara beramai-ramai.. anda tanya hanya dua pic je?? haaa.. jawapannya adalah.. erm... Rahsia. haha! selepas puas berbual-bual sampai kering tekak, akhirnya kitorg pun bersetuju nak balik.. tapi..



aq sempat suruh kawan aq tangkap pic aq sorg2 kt situ..(motif tangkap pic sorg2, sje2 je.. haha!) lepas tu baru lah kitorg melangkah sedikit demi sedikit sambil tu tangkap lg satu pic..(banner wedding.. tak tangkap nanti kan tak cukup forum pula,hehe!)



Kepada kawan ku.. jadi lah seorang lelaki yang hebat seperti Rasulullah S.A.W. cubalah ikuti sunnah-sunnah baginda.. :)

Kerana Cinta Yang ALLAH Berikan Inilah Kita Semua Berasa Bahagia

0 comments


Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa


Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Monday, February 7, 2011

Ya ALLAH.. rahmati lah negara Mesir..

0 comments
BISMILLAH..





Sampai bilakah agaknya keadaan akan jadi begini, kasihan pula aq tengok bila sebuah negara Islam yang dulunya negara yang hebat, negara nya yang di mana ramai penuntut-penuntut dari luar negara seperti Malaysia, Indonesia @ lebih senang kata banyak negara-negara Islam dari luar negara yang study di situ, mencari ilmu duniawi & ukhrawi untuk masa depan mereka, tetapi tidak kesampaian.. jadi kita yang di sini iaitu manusia yang duduk di negara Malaysia & sewaktu dengannya yang aman & damai lagi sentosa hendakNYA, marilah kita sama-sama doakan semoga negara Mesir(EGYPT) cepat aman & damai, semoga krisis yang sedang melanda negara Mesir(EGYPT) ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin & semoga menjadi sebuah negara yang hebat seperti sebelum ini.. AMIN YA ALLAH..

Saturday, February 5, 2011

CARILAH KEREDHAAN DAN CINTA ALLAH

0 comments
" HIDUP INI TIDAK AKAN SEMPURNA TANPA DAPAT KEREDHAAN DAN CINTA DARIPADA ALLAH S.W.T "

" JADI KEJARLAH, BERUSAHALAH DAN CUBA DAPATKANNYA SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN"

Thursday, February 3, 2011

Cuti-cuti Raya Cina

0 comments
yeay2 cuti.. hehe.. apa projek & program aq time cuti ni pun aq tak merancang, ni pun aq main terjah je.. KAMIKAZE katakan.. HAHA!

pada hari Rabu 2/2 : aq pun balik Batu Pahat.. beli tiket pun On the spot, main TERJAH je.. apa orang kata tengok rezeki.. kalau ada, ada laa, kalu xde HAMPEH! HAHA! ALHAMDULILLAH.. aq sampai terminal bus Bkt.Jalil jam 12.20 tgh hari dapat tiket pukul 12.30 tgh hari.. aq pun balik BP.. sampai terminal bus BP dalam pukul 3.40 petang.. sampai2 je terminal, aq terus cari tiket balik pergi Bkt. Jalil tapi xde.. perghh terpaksa naik Shah Alam.. dapat tiket pukul 6.30 petang pula 2 tp nasib baik hari ahad,kalau hari sabtu, x dapat laa pergi PD sabtu ni.. malamnya pula aq pergi gymnasium dengan kawan2, sampai je gym, toke gym tegur aq.. 'EYH!! DAH KECUT!! HAHAHAHAHA!! aq hanya mampu tersenyum je.. balik dari gym, pergi la lepak selamba corner kat bus stand lama.. pada malam tu, ramai kawan2 aq tegur kata aq dah kurus sikit.. aq pun hanya mampu tersenyum.. heeeeee!!

pada hari Khamis 3/2 : macam biasa, bangun pagi mandi lepas tu solat subuh, lepas tu breakfirst and then buka TV, oleh kerana aq minat sukan jadi pergi lah siaran astro(supersport).. hehe.. tukar punya tukar channel, last2 xde game yang best jadi aq tukar lah siaran lain.. tekan punya tekan.. TET TOT TOT.. last2 member aq call ajak keluar pergi jalan2 temankan dia shopping beli swetter lepas solat zohor nanti.. tunggu punya tunggu, waktu solat zohor pun tiba.. aq pun pergi lah solat and then bersiap-siap.. x lama kemudian member aq pun datang rumah aq naik kereta, aq pun CHAOW.. HAHA! sasaran pertama tempat yang di tuju adalah The Store, belek punya belak xde yang berkenan.. sasaran kedua tempat yang di tuju adalah BP Mall, setiap butik baju yang ada jual swetter diterjah masuk, kalau boleh butik yang di tutup pun nak suruh di buka gak. HAHA! belek punya belak akhirnya jumpa di butik Hamburg.. tapi saiz pula xde.. design memang dah smart, tapi siaz pula, lagi satu saiz ada tapi design pula kurang sikit. aq pun kata kt member aq suruh HoLL dulu, pergi butik lain. cari punya cari tapi still lagi x jumpa yang berkenan, last2 terpaksa la member aq beli swetter yang tadi kt butik hamburg.. lepas tu kitorang pun singgah kerusi urut kt BP Mall tu, ALAA.. kerusi urut yang RM1 3minit tu.. tahu kan!! dah lama tak urut, sekali kena urut macam dapat body baru.. HAHA! ALHAMDULILLAH.. syukur kepada ALLAH.. lepas tu kitorang pun keluar dari BP Mall, kitorang pun singgah Masjid Dato' Bentara Luar yang dekat dengan stadium Batu Pahat tu.. untuk menunaikan solat Asar.. korang tahu kan?? HAHA!! korang nak tahu.. rindu bangat aq sama itu Masjid sebab sebulan aq dah x singgah sana, ea lah aq kan sekarang praktikal kt selangor.. lepas tu aq pergi lah kedai burger arab dekat dengan rounderboot kt simpang rantai tu.. sampai sana tengok kedai masih tu masih tak buka lagi tapi aq still nk order dulu sebab nanti risau lambat siap pula, korang tahu je la kan kedai burger tu dah la ramai customer, ada yang just contact melalui telefon je nak order.. DAHSAT X?? memang DAHSAT!! HAHA! sambil2 tunggu kedai tu buka kitorang pun pergi tasik Y pergi main pijak2 batu yang macam refleksologi tu.. 10 raound tau.. HAHA! main pijak2 sampai pukul 6ptg, lepas tu kitorang datang balik kedai burger tu, still x buka lagi.. last2 kitorang cancel order, lepas tu pergi terjah kedai burger kt terminal bus BP, order burger arnab.. huhu.. SEDAP.. HAHA! sambil2 tu singgah la kedai CD kt situ.. nama kedai CD tu Radin Music Centre, pada mulanya aq just nak tengok2 je, tapi terbeli CD lagu berunsurkan ketuhanan dari artis antarabangsa, nama artis tu Mesut Kuris, member2 Maher zain gak.. korang nak tau,, aq beli ORI tau, tak main la rocal2.. tak best.. macam cari isteri gak, nak yang ORI kan.. hehe.. lagunya boleh tahan gak.. jadi aq tinggal cari CD lagu dari Irfan Makki je.. jadi lengkaplah koleksi aq.. hehe.. lepas tu kitorang pun balik rumah.. pada malam nya pula, lepas solat Isyak, aq dengan kawan-kawan lepak kat asam manis sampai jam 11.30 malam, kitorang ngobrol2 kosong je.. ea la kan.. dah lama tak jumpa.. (ceh, pada hal baru sebulan je kot.. hehe!) lepas tu kitorang CHALO BETTE.. heeee... selamat malam.. :)

pada hari Jumaat 4/2 : macam hari2 yang sebelumnya, bangun pagi, solat Subuh, breakfirst, buka TV & tengok sampai pukul 12tgh hari.. lepas tu pergi Masjid Sultan Ismail untuk menunaikan solat Jumaat.. balik je solat Jumaat, aq balik rumah, angkut adik aq pergi CC kt taman sebelah.. On9 jap sampai 3.45ptg, lepas tu balik rumah.. balik rumah lepak2 sampai pukul 5ptg, lepas tu solat Asar.. lepas solat Asar, aq pun buka lagu CD lagu semalam yang aq beli, sambil2 tu aq kemas lah PC kt rumah, mak aiihhh.. berlapuk banyak habuk.. HAHA! lepas siap kemas, aq pun makan petang.. pada malamnya pula lepas solat Isyak, aq pun keluar rumah pergi Gymnasium.. sebaik tiba di Gym je.. toke Gym kata dengan aq.. "azhari.. ko punye idola ada kat atas.. aq tanya siapa?? toke kata, adalah.." sekali aq naik.. HAH! SAZALI SAMAD bai.. aq pun rasa agak terkejut.. sebab dapat berjumpa dengan miss universe Malaysia secara face to face.. aq pun salam die & dengar dia ngobrol2.. HAHA! lepas tu aq pun main Gym, lepas main Gym, aq pun balik rumah, bersihkan diri, makan & tidur.. selamat malam.. :)

pada hari Sabtu 5/2 : macam biasa gak tapi hari ni special sikit sebab hari ni aq & family mahu pergi mandi-manda kat Teluk Kemang Port Dickson.. HUHU! dalam pukul 7.30pg dah bertolak, sampai sana dalam jam 10.45pg.. sebaik tiba, kitorang cari PORT BAIK dulu.. HAHA! lepas dah dapat PORT BAIK, kitorang pun mandi-manda sampai la kulit SUNBURN. HUHU! lepas SUNBURN br la puas.. hehe.. lepas tu pergi lah mandi bersihkan diri kt tandas.. mak aiisshhh.. ramainya orang.. berejam beratur, nasib baik aq tak rasa nak melabur, kalau tak lagi la merana.. hehe.. lepas siap2 aq pun singgah surau kt situ untuk menunaikan solat Zohor, lepas solat, makan, lepas makan baru kitorang CHALO BETTE.. HAHA! bertolak jam 3.30 ptg sampai rumah jam 6.40ptg.. malamnya pula lepas solat Isyak, macam biasa pergi Gymnasium, pada malam ni pula Sazali Samad bawa anak dia pula.. lepas main Gym aq pun balik rumah.. selamat malam.. :)

pada hari Ahad 6/2 : macam hari2 yang sebelumnya, bangun pagi, solat Subuh, breakfirst, baca papper, buka TV & tengok sampai pukul 12tgh hari.. lepas tu On9 sampai la ni dengan solat Zohor tak buat lagi.. HAIISSHH!!! azhari!! PERGI SOLAT ZOHOR DULU!! heeeee... OK lah kawan2.. sampai sini dulu la ea cerita cuti raya cina aq pada tahun ni.. jangan lupa doakan kejayaan hidupku ea, INSYA ALLAH.. aq akan selalu doakan korang gak.. OK, jaga diri.. selalu ingat pada ALLAH S.W.T. AS SALAM.. :)

Thursday, January 27, 2011

agak2 lepas habis diploma nak buat apa dulu ek??

0 comments
Memandangkan tahun ni umur ku dah menjinak 23 tahun, agak2 apa ek yang perlu aq buat dulu..

1. Terus sambung study.. (yang ni mak aq x brapa setuju, aq x tau kenapa.. huh.. tapi apa2 pun aq tetap cuba bodek. hehe)

2. Kerja dulu buat sementara waktu sebelum sambung study.. (yang ni mak aq senyum cket. heeee...)

3. Terus bekerja sampai mati.. (yang ni mak aq tersenyum lebar.. haha)

4. Lepak kt rumah je dulu sebelum dapat tawaran sambung study.. (alamat panas lah telinga aq kena membebel.. lalalalaa..)

5. Merapatkan silaturrahim & join mana2 group @ komuniti.. (rakan muda.. i'm coming.. watchaa..)

6. Pergi gym setiap hari @ selang sehari.. (owh, rindunye.. heheh)

kepada diriku.. buat solat Istikharah lah cik Azhari oooiiiii... & good luck. haha..

Followers