Kata-kata Hikmah

"Allah S.W.T tuhan ku
Islam pegangan ku
Muhammad S.A.W idola ku
Al-quran petunjuk ku
As-sunah amalan ku
Syurga idaman ku
Ibu bapa pembimbing ku
Anda semua yg mengucap Laillahaillallah….
saudara ku."

"Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang"

"Ikatan kelembutan adalah ikatan yang mengagumkan. Ia adalah sihir yang halal. Jika didalam Islam ada sihir yang halal maka ia adalah senyuman"

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya didalam neraka Sumber : Bacalah Dengan Nama Tuhanmu"

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan [...]"


Bingkisan Doa.

Bismillah..

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Al-Azhar University

Al-Azhar University

Universiti Al-Azhar ( Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; Al-Azhar Al-Shareef, "Azhar yang Mulia" ), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

Universiti Al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah ( 909-1171 ) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid Al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Wednesday, September 8, 2010

Wahai wanita yang bernama Sakinah

2 comments
Sakinah(ketenteraman @ kebahagiaan)

Seorang wanita yang tidak berapa aku kenali, namun di dalam hatiku terdetik malah merasakan dia adalah seorang wanita yang baik, aku tidak tahu dari mana aku menilai dirinya sampai sebegitu rupa, adakah kerana agama, rupa, harta, keturunan @ hanya kerana nafsu semata-mata, MasyaALLAH.. harap-harap tidak kerana nafsu semata-mata & harap-harap dijauhkan sifat seperti itu dari diriku.

Aku hanya mengenalimu sebagai seorang sahabat kepada adikku, itupun pada zaman sekolah dahulu sudah bertahun lamanya. Apabila kini aku melihat gambar-gambarmu hatiku berbunga, ceria, hilang segala duka nestapa, tetapi bila aku tidak melihat gambarmu hatiku resah, gundah & gelisah, di mana-mana sahaja aku terbayangkan wajahmu. Pada beberapa hari yang lalu aku ingin pergi shopping raya, lalu dirimu menegur diriku, "xpe..slagi lom raya..bshoping la smpai pg..tp tggjwb sowg hamba Allah jgn lupa lak..hehe", semenjak dari itu hatiku lagi tambah berbunga, sejuk & merasakan dirimu adalah seorang yang baik. Aku merasakan beruntunglah mana-mana lelaki yang dapat memperisterikan orang seperti dirimu, sampaikan aku terpasang niat sepeti itu di dalam hatiku.

Huh.. Aku tidak tahu, kenapa perasaan ini boleh timbul secara tiba-tiba tanpa dipaksa, bukan aku meminta supaya timbulnya perasaan ini, bukan aku memaksa supaya timbulnya perasaan ini, owh.. mungkin adakah ini adalah salah satu ujian dari ALLAH kepada ku, mungkin adakah ALLAH ingin menguji tahap cintaku kepadaNYA, mungkin juga ALLAH ingin menguji tahap cinta abadiku kepada siapa, kepada manusia semata-mata @ ALLAH semata-mata.

Ya ALLAH Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku jika kadangkala @ seringkali aku melupakanMU, sesungguhnya aku adalah hambaMU yang tidak berdaya melawan dugaan ini melainkan dengan keizinanMU ya ALLAH.. berikanlah kepada diri hamba ini kekuatan untuk hamba menghadapi dugaan ini, Ya ALLAH.. titipkanlah & timbulkanlah rasa cintaku kepadaMU lebih dari segala-galanya, tidak kira apa pun yang datang kepadaku walau bidadari sekalipun, aku harap cintaku yang pertama hanyalah kepadaMU Ya ALLAH..Amin Ya Robbal'Alamin..

Saturday, September 4, 2010

Ubat Hati

0 comments
Bismillah..

Hati adalah satu kurniaan yang sangat istimewa daripada Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada setiap hamba-hambaNYA, hati adalah ibu jati diri kepada setiap manusia, jika hati seseorang itu bersih & elok, maka perwatakannya juga bersih & elok, jika hatinya kotor & tidak elok, maka perwatakannya juga kotor & tidak elok, maka kita haruslah rajin mencuci hati kita dengan selalu memperingati Allah S.W.T tidak kira walau apa pun keadaan kita, sama ada dalam keadaan senang atau pun susah. Antara cara yang mudah untuk memperingati Allah S.W.T adalah dengan selalu berzikir, solat sunat & membaca Al-qur'an.

Kadang kala manusia akan menghadapi pelbagai dugaan hidup, ada yang melepasi dugaan tersebut dengan cemerlang jayanya(dalam bahasa arab disebut azhari @ al-azhar), ada juga yang kecundang di tengah jalan, tapi ingatlah bahawasanya Allah S.W.T tidak akan memberi dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambaNYA, cuma kita sahaja yang malas @ mudah putus asa, jadi berusahalah bersungguh-sungguh.

Dalam menghadapi dugaan, ada sesetangah hati manusia tenang menghadapinya, ada juga yang tidak(bercelaru, gelabah semacam, tidak tentu arah & sewaktu dengannya), sebagai manusia kita haruslah tenang & terima dugaan tersebut dengan hati yang terbuka & yakin bahawa ada hikmah serta ganjaran disebalik semua ini, hadapilah ianya dengan tabah serta tawakal kepada Allah S.W.T..

Senang cerita hati kita haruslah di jaga & di belai setiap hari, antara cara-cara untuk menjaganya adalah dengan mengamalkan salah satu daripada lima(5) perkara/cara tersebut :

(1) Bacalah Al-qur'an & maknanya.
(2) Solat malam dirikanlah.
(3) Duduk dengan orang-orang soleh.
(4) Zikir malam berpanjangan.
(5) Rajin-rajinlah berpuasa.

Ianya juga adalah ubat hati bagi mereka dalam keadaan jiwa kacau, tidak tenteram, resah, dilema, hatinya kosong & sewaktu dengannya. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, dengan mengingati Allah S.W.T , hati kita akan menjadi tenang..Try k..:)

Followers