Kata-kata Hikmah

"Allah S.W.T tuhan ku
Islam pegangan ku
Muhammad S.A.W idola ku
Al-quran petunjuk ku
As-sunah amalan ku
Syurga idaman ku
Ibu bapa pembimbing ku
Anda semua yg mengucap Laillahaillallah….
saudara ku."

"Jadilah seorang yang kakinya menapak di tanah dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang"

"Ikatan kelembutan adalah ikatan yang mengagumkan. Ia adalah sihir yang halal. Jika didalam Islam ada sihir yang halal maka ia adalah senyuman"

"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu kerana hendak menandingi ulama dan bermegah kepada orang bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya didalam neraka Sumber : Bacalah Dengan Nama Tuhanmu"

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan [...]"


Bingkisan Doa.

Bismillah..

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Al-Azhar University

Al-Azhar University

Universiti Al-Azhar ( Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; Al-Azhar Al-Shareef, "Azhar yang Mulia" ), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

Universiti Al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah ( 909-1171 ) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid Al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Wednesday, August 8, 2012

0 comments
Nama dia di FB Nam Seven, kalau di UniKL Pasir Gudang lebih dikenali sebagai Anjang. haha.. Sebenarnya aku sje je upload gambar ni sbb aku rindu kt UniKL Pasir Gudang sebenarnya. hehe. Rindu kawan2 kt sana.. walaupun hanya sekejap je aku jumpa korang sebab aku ambil kursus jangka pendek di sana.. tapi silaturrahim kite tetap akan utuh sampai bile2.. Ada masa nanti aku jumpa korang k.
0 comments
Kenangan bersama geng KPTM Batu Pahat di PICC. Time ni baru je lepas majlis graduation, tidak silap 15 October 2011. Ni lah last jumpa diorang, yang pakai spect mata hujung sekali belah kiri ru dah jadi suami orang, yang lain-lain tu ada yang c.study & ada yang terus kerja termasuklah aku ni.. Rindu diorang tapi ni adalah sebahagian je, yang lain-lain ada yang sibuk dengan family diorang time ni.. Ni adalah salah satu kenangan yang terindah dalam hidup aku.. Rindu korang ketat-ketat. huhu

Sunday, August 5, 2012

0 comments
Gambar raya tahun sebelum ni.. semua ada.. tapi tahun ni rasa2 nya aq xde kot, sebab kena kerja.. huuuu... sedihnye.. Cewah, sedih eh, kerja pun kt Batu Pahat jep, lain lah kerja jauh2 atau luar negara.. InsyaAllah.. next year nak kerja part IT kat luar negara lah pulak, maybe area timur tengah, boleh teman member aq yang ada kt sana. hehe. baru betul-betul merantau namanya.. Merantau United(eh2, itu bukan nama team bola sepak @ futsal ke? hehe.) K lah dah cukup merepek-meraban nih. hehe I love my mama & my abah, my atok & atok kampung, all my youngers sisters(xde adik lelaki, aq sorang je lelaki & anak sulong.. jd aq lah super hero.. huhu.), my ucu(mak su), my cik najee, my causion especially Muhammad dayyan Daniel(kalau jumpa die memang aq buat die sampai rimas. haha.) G.nite.. Dengan nama Allah.. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hidup & matiku hanya untuk-Mu.. Amin..

Nuzul Al-quran

0 comments
Mari kita sama2 mengenali Al-Quran sahabat2 sekalian :)) Apa Itu Al-Quran?? Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9) Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah: Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18) Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas. Nama-nama Al-Quran : 1. Al-Kitaab (اﻟﻛتاب) bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah: Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah 2:1-2) 2. Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah: Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Surah al-Furqaan 25:1) 3. Adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah: Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9) 4. At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah: Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (Surah asy-Syuara 26:192) Sifat Al-Quran : 1. An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (Surah an-Nisaa' 4:174) 2. Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah: Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (Surah al-Maa'idah 5:15) 3. Al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57) 4. Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (Surah Yunus 10:57)
0 comments
Jurulatih Futsal PAKK Batu Pahat. Cewah, ajar pun entah apa2.. hehe tapi yang penting team anak didik aq time tu dapat no.4 dalam peringkat negeri Johor. rezeki Allah beri.. pengalaman yang berharga untuk aq & ianya juga adalah antara kenangan yang paling indah dalam hidup aq.. Sebab apa? Sebab dapat handle budak2 ni, dpt mendekati budak2 ni, dpt jadi abg pd budak2 ni.. hehe Seronok sgt2(Rasa seronok macam ada anak sendiri, cewah! haha!), abg sayang korang semua, kalau jumpa abg di mana2 nanti tegur2 lah k. Take care.. may Allah bless you..
Inilah dia budak2 tu, tomey2 kan. hehe abang doakan korang pandai2 lah bawa diri k.
0 comments
Berjihad.. Cewah, pada hal juz main painball jep. hehe
Tapi yang penting kami johan dalam pertandingan tu, team daripada Kem Wataniah(PALAPES) pun kalah dengan team kami.. hehe Nama team kami Virus.. hehe Apa-apa pun ianya adalah antara kenangan yang terindah dalam hidup. huhu Thank You to Allah.. Alhamdulillah..

Friday, August 3, 2012

0 comments
AL-FATIHAH.. Bila datang kubur arwah Tok Ngah aku ni, terasa sebak pula, teringat jasa baik die kat aku yang nakal ni, masih terngiang-ngiang lagi di ingatan pesanan-pesanan die, didikan die, time die marah aq, time die tengah solat, time naik motor sama2 dengan die ketika pergi & balik sekolah dari sekolah rendah sampailah form 2, & banyak lagi. Time tengah menaip ni pun air mata dah nak terkeluar. sob2.. Rindu arwah Tok Ngah.. Pernah mimpi arwah Tok Ngah time naik motor, time tu arwah Tok Ngah balik rumah tapi apa yang arwah Tok Ngah cakap time tu, aku x berapa dengar sebab samar-samar kedengaran.. sob2..

Followers